Monday, July 14, 2014

CUTI BALIK KAMPUNG

ALANG-ALANG GUA ADA KAT MELAYSIA NI , LAMA SIAL XBALIK . KALO CUTI PUN AKU LEPAK DUBAI JE.. , NAK GAK WAT RESEARCH SINI ... KEADAAN SEKELILING ... STRUKTUR MASYARAKAT CMNE ... EMMM SINI MALAYSIA SAPE PRIME MINISTER BRO.. ? GUA KENAL MAHATHER JERR SEBAB SLALU TGK DIA KAT CHANNEL TIMUR TENGAH TU SIBUK KEMPEN WAWASAN 2020 ... NAJIB LAK 1 MALAYSIA ... EHH 1 MALYSIA TU APE BROOO ??? .. NAJIB TU ORANG MANE ? .. MEDIA SANA BANNYKA YANG HENTAM MALAYSIA PASAL MH370 .. BODOOOO ... PASAL KES ANWAR ... ANWAR IBRAHIM .... YG TU AKU TAK TAHU SEBAB TAK WAT RESEARCH PUN .. MALAS NAK AMEK PORT , KATA MUSTAQIM KAT AKU ..... LAYAN JE LA ... TAPI AKU NAK TGK ORANG ORANG SINI HOW BE GOOD LOOKING ... IMPRESSION .. CULTURE TIMUR TENGAH AKU BAWAK BALIK MALAYSIA .............. EMMM CAMNE TU .... SHOCKHC CULTURE GAK ....... WEH NAK ASAR DAH NIE ... JOM AMBIL WUDUK ... AKU CAKAP AMBIL WUDUK JE KAN ...... TAPI XSUH SOLAT PUN KAN ...... KALO KORANG SOLAT PUN , KHUSYUK KE ? EMMM ...

AKU NGAN BEZITA MEMANG BAIK RAPAT ............... tapi KADANG-KADANG .........

 










AKU MUHAMMAD MUSA'MA SUPERGOKU BERTUNGKUS LUMUS UNTUK MENGALAHKAN SUPERMAN CIPTAAN ZIONIS NIE YANG PAKAI SELUAR DALAM KAT LUAR .. BODOH NAK MAMPUS WAT MALU KAUM LELAKI JE .... BENGONG ZIONIS NIE ..






CONTOH-CONTOH AKSI ULTRAMAN MENUMPASKAN SPESIS RAKSASA MENDE NI EAK MACAM ADDABBAH JE , AKU PUN DA LUPA SUEYY .. KHAS TATAPAN UNTUK ADIK MUZAMIL KIUT .. HEHE ...





RESEARCH ABOUT THIS KARAKTER MACAM DALAM CITER ULTRAMAN JE AKU TGK , YAKJUD MAKJUD






JAWAPAN UNTUK ADIK ABDUL RAUF BIN HAMBALI DARI SMKA KAJANG

Nama Yakjuj dan Makjuj disebut sebanyak dua kali dalam al-Quran, iaitu dalam surah al-Kahfi ayat 94 dan surah al-Anbiya ayat 96. Dalam surah al-Kahfi, diterangkan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah orang yang membuat kerosakan di muka bumi yang ditakuti oleh suatu kaum yang tinggal di antara dua pergunungan sehingga ketika Zulkarnain datang ke tempat itu, kaum tersebut memohon kepadanya agar dibuatkan tembok penghalang daripada serangan mereka.
Manakala dalam surah al-Anbiya, disebutkan bahawa Yakjuj dan Makjuj akan segera turun dengan cepat dari tempat yang tinggi ketika tembok penghalang mereka terbuka sebagai tanda telah dekatnya kedatangan janji Allah SWT.
Al-Quran tidak menerangkan siapa sebenarnya Yakjuj dan Makjuj, daripada bangsa dan keturunan mana mereka itu. Al-Quran hanya menjelaskan sifat-sifat mereka, iaitu kaum pembuat kerosakan di bumi, kalau tembok penghalang dibuka, mereka akan turun mengalir seperti mengalirnya air bah, dan apabila tembok penghalang kukuh, mereka tidak masuk dan tidak dapat membuat kerosakan. Oleh kerana itu timbullah beberapa tafsiran.Daerah mereka memanjang dari Tibet dan China sampai ke Laut Baku Utara, di barat sampai Turkestan. Dalam pelbagai zaman, bangsa-bangsa ini sering menyerang, membuat kerosakan di muka bumi dan menghancurkan bangsa-bangsa lain.
Di antara mereka terdapat bangsa-bangsa yang kejam, turun dari bukit-bukit di Asia Tengah dan pergi ke Eropah pada masa dahulu, seperti bangsa Semith, Simeria dan Hun. Mereka banyak menyerang negeri-negeri China dan Asia Barat.
Dengan munculnya Temujin yang dikenal dengan nama Genghis Khan (di dalam bahasa Mongol bermaksud Raja Alam- 1167-1227), pada awal abad ke-7 Hijrah / 12 Masihi, berikutan tenteranya yang perkasa keluar jauh ke Asia Tengah.Ia menundukkan China Utara kemudian pergi ke negeri-negeri Islam, lalu menundukkan Sultan Qutbuddin bin Armilan, salah seorang raja Seljuk yang menganut aliran Khawarij. Genghis Khan melakukan kekejaman yang belum pernah berlaku sebelumnya di negeri tersebut.Musnad Imam Ahmad bin Hanbal (Imam Hanbali), seperti dikutip Ibnu Kasir menyebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Nuh memiliki tiga orang anak, iaitu Sam, nenek moyang orang Arab; Ham, nenek moyang orang Sudan, dan Yafis, nenek moyang orang Turk.”Menurut sebahagian ulama, Yakjuj dan Makjuj adalah keturunan Yafis, putera Nuh itu. Demikian juga pendapat Nasafi, seorang ahli fekah, usul fekah dan tafsir yang bermazhab Hanafi yang menyatakan bahawa Yakjuj berasal daripada suku Turk, manakala Makjuj pula berasal daripada suku Jail serta Dailam keturunan Yafis yang membuat kerosakan di muka bumi. Mereka tidak mati dan masing-masing memiliki 1,000 keturunan yang dilengkapi dengan senjata.Hamka pula memberi tafsiran bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah segala gerakan yang telah dan akan merosakkan dunia ini. Oleh hal yang demikian, baik diri, keluarga, mahupun negara serta bangsa wajib mendirikan tirai besi sebagai benteng agar Yakjuj dan Makjuj tidak dapat masuk.
Mungkin juga Yakjuj dan Makjuj dapat ditafsirkan sebagai berfikiran jahat, bermaksud buruk dan ideologi yang menyesatkan yang dianuti sebahagian manusia. Manusia yang menganuti menjadi licik dan jahatserta mempergunakan manusia sesamanya sebagai alat untuk merosakkan bumi ini.
Oleh itu, fikiran yang baik, cita-cita yang mulia, dan ideologi yang sihat harus ditanam dengan teguh pada setiap diri, keluarga, bangsa dan negara untuk membentengi Yakjuj dan Makjuj.Senang-senang kan korang tgk citer ULTRAMAN je la ....yakjuj makjud yang ultraman selalu fire tu .. ala yang macam monster tu la kot ..bengong korang nie... nak citer panjang pun malas beb .. gua banyak keje ni doh ....

NOTA UNUTK ADIK SYED ALI DARI SEKOLAH PONDOK TOK BALI .. KEEP IN TOUCH YA AKHI

Saya sedang berusaha membuat kajian dan penyelidikan untuk mengumpul segala maklumat, data dan fakta, yang relevan mengenai sejarah Negeri Kelantan Darul Naim. Sumber-sumber yang dikenalpasti adalah yang kredibel dan sahih serta resmi. Ini adalah penting supaya apa yang terkandung di dalam halaman SEJARAH dalam lamanweb ini boleh dijadikan sebagai sumber yang utama, boleh dipercayai dan tidak boleh dipertikaikan mengenai bahan-bahan yang akan terkandung di dalamnya.
Sementara usaha ini dilaksanakan, saya telah pun memperolehi sedikit tinjauan terhadap sejarah Negeri Kelantan ini, dari Wikipedia iaitu sebuah ensiklopedia bebas di dalam Internet. Kandungannya adalah sebagai usaha mengenalkan sejarah negeri ini, secara sepintas lalu.
Di bawah ini saya turunkan bahan tersebut untuk tatapan saudara.
Negeri Kelantan yang mempunyai seni budaya tradisional yang unik ini juga mempunyai sejarah persinggahsanaan yang menarik. Diriwayatkan dalam tahun 1411M (814H) di Kelantan, terdapat seorang Raja yang beragama Islam bernama Raja Kumar. Tetapi sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat mengesani daripada manakah asalnya Raja Kumar ini. Walau bagaimanapun baginda Raja Kumar telah menjalinkan hubungan muhibbah dengan Maharaja China, dan sebaliknya dalam tahun 1412M, baginda Raja Kumar telah menerima persembahan balas berupa kain-kain sutera dan surat kepujian daripada maharaja China itu.
Selepas pemerintahan Raja Kumar lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar sehingga 1465M. Kemudian Negeri Kelantan diperintah pula oleh Putera Baginga Sultan Mansur. Dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur, nama Negeri Kelantan telah menjadi masyhur sehingga ke negeri Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Pada 1477M, Raja Melaka ini telah menghantar bala tenteranya untuk menyerang Negeri Kelantan. Walau bagaimanapun ia berakhir dengan satu simpulan peristiwa yang menarik, iaitu baginda Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening, yang kemudian menjadi bonda kepada Raja Perak yang pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M).
Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran “Sultan Gombak”. Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara D’Raja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang.
Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabal menjadi Raja Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai.
Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan “Paduka Cik Siti”. Baginda mempunyai seekor kijang yang kemudiannya menjadi lambang kebesaran negeri Kelantan.
Semasa dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahanRaja Sakti 1638M (1046H). Setelah Baginda mangkat, maka putera Baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Raja pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.
Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Baginda mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti.Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.Puteri Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dibawa kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688), kerana kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam. Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.Kemudian, Raja Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyatnya di tepi Tasek Lelayang Mandi. Dengan itu putuslah sejarah “kerajaan mahligai” dan wujud pula Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada 1675M (1086H).Raja Omar adalah adinda kepada Raja Loyor yang sebelum itu telah bergelar Temenggong Sultan Omar mempunyai lima orang putera dan puteri, iaitu Raja Kecil Sulung, Raja Ngah yang bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja Sakti dan Raja Pah. Setelah Raja Omar mangkat pada 1721M (1132H), Baginda Long Bahar telah ditabal menjadi Sultan di Jembal atas kehendak puteri sulungnya, Raja Kecil Sulung. Baginda Long Bahar adalah putera Raja Petani (Wan Daim) yang bergelar Datuk Pengkalan Tua yang berhijrah ke Kelantan bersama ayahndanya dan berkahwin dengan Raja Pah Puteri Sultan Omar dan memerintah di Sening dekat Jembal.Long Sulaiman (Wan Anom Long Nik) anak Long Bahar dengan Raja Perempuan Patani bergelar Mas Kelantan mempunyai seorang putera bernama Long Yunus dan dua orang puteri, iaitu Tuan Dewi dan Tuan Kembang yang berkahwin dengan Long Deraman putera Tuan Senik Getting yang memerintah di Legeh. Pada 1756M (1169H) telah berlaku serangan untuk merebut takhta dan akhirnya telah membawa kemangkatan Long Sulaiman. Berikutnya Long Pendak, sepupu Long Sulaiman telah dilantik menjadi Raja Kubang Labu, dan adiknya pula Long Muhammad dilantik menjadi Raja Muda.Kemudiannya pada 1758M, Long Pendak telah mangkat di tangan Long Deraman kerana membalas dendam terhadap perbuatan Long Pendak membunuh isterinya Tengku Tengah iaitu adik Long Deraman. Selepas itu Long Muhamad dilantik menjadi Sultan di Kota Kubang Labu. Dalam masa pemerintahan Long Muhammad telah meletuskan peperangan antara pihak Long Muhammad yang dibantu oleh Long Deraman dengan Long Gaffar, putera kepada Raja Reman di Hulu Perak. Dalam peperangan pada 1762M, Long Muhammad dan Long Deraman telah tumpas dan Kerajaan Kubang Labu telah dapat dikuasai oleh Long Yunus. bagi mengenang jasa Long Gaffar yang membantunya dalam peperangan itu, maka baginda Long Yunus telah melantik Long Gaffar menjadi Perdana Menteri memerintah dari kawasan Jeram sampai ke Pasir Tumbuh. Baginda Long Yunus telah berjaya menyatukan seluruh pemerintahan Negeri Kelantan yang banyak itu dengan meletakkannya dibawah satu pemerintahan pusat sahaja.

NOTA UNTUK ADIK MUHAMMAD FAUZI KAMARUL BIN SAFWAN DARI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI SOI

Sejarah Negeri Pahang bermula sebelum didirikan kerajaan Melayu Melaka, wilayah bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu semuanya termasuk dalam kawasan kerajaan Pahang. Orang Jawa Majapahit zaman dahulu menyebut Semenanjung Tanah Melayu sebagai Pahang sahaja. Pada awal kurun Masihi ke 16, pada permulaan terdirinya kerajaan Melayu Johor, sempadan Negeri Pahang Darul Makmur; di sebelahnya sampai ke Sedili Besar dan di utara sampai ke Terengganu; sempadan ke baratnya pula sampai ke Rembau, Selangor dan Perak. Negeri Pahang Darul Makmur sekarang ini di sebelah utara dan baratnya dilingkungi oleh banjaran gunung dan di sebelah timurnya terbentang Laut China Selatan.
Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dengan keluasan 35,515 kilometer persegi. Kemasyhuran dan kehebatan namanya pada masa dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada di sekelilingnya. Pada masa ini Pahang adalah negeri di Semenanjung dengan terbahagi kepada sebelas daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highlands dan Bera. Manakala penduduknya pula terdiri dari berbagai kaum dan bangsa.

ASAL USUL NEGERI PAHANG :

Pada zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai berbagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang,Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225 Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur.
Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh. G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu dimaksudkan Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli yang dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di Sungai Tembeling.
Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu.Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu.Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Pekan.Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura.

PUSAT PENTADBIRAN NEGERI SECARA RINGKAS

Inggeris telah meluaskan kuasanya ke Negeri Pahang Darul Makmur, Residen pertama iaitu J.P.Rodger telah dilantik dalam bulan Oktober 1888. Perkara utama yang diberikan perhatian oleh Inggeris ialah menentukan tempat letaknya pusat pentadbiran Negeri Pahang Darul Makmur. Tiga tahun kemudian iaitu dalam tahun 1891 pusat pentadbiran ini dipindahkan dari Pekan ke Lipis. Rancangan ini hanya untuk buat sementara sahaja tetapi rancangan yang dikatakan sementara itu telah memakan masa lebih dari 64 tahun kerana pusat pentadbiran Negeri Pahang Darul Makmur hanyalah dipindahkan ke Kuantan pada tahun 1955.
Cadangan untuk pemindahan pusat pentadbiran ini telah dibuat semenjak tahun 1901 lagi, tetapi keputusan muktamad untuk memindahkan pusat pentadbiran Negeri Pahang dari Kuala Lipis ke Kuantan diambil pada 2 Mac 1953; Bagi memilih tempat yang bersesuaian bagi pusat pentadbiran Negeri Pahang, pihak Kerajaan Negeri telah memusatkan pandangannya kepada dua kawasan iaitu Temerloh / Mentakab dan Kuantan. Tetapi disebabkan bentuk mukabumi Temerloh / Mentakab yang tidak rata dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk pembangunannya maka Kuantan telah diputuskan untuk dijadikan ibu negeri Pahang Darul Makmur.
Pusat pentadbiran Negeri Pahang Darul Makmur telah dipindahkan ke Kuantan pada hari Sabtu 27 Ogos 1955 dengan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah Ibni Al Marhum Al Sultan Abdullah Al Mu'tasim Billah, DK., SIMP., DK., SIMP., DK(Brunei)., DK(Johor)., DK(Perak)., SPDK(Sabah)., GCMG. Manakala pada 28 Februari 1970, bangunan pentadbiran pusat berpindah ke Wisma Sri Pahang.
Pahang juga mempunyai ramai pahlawan dan pendekar yang berjuang menentang penjajah di waktu sebelum kemerdekaan. Antara yang terkenal ialah Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Mat Lela[perlu rujukan], Pendekar Hussin[perlu rujukan] dan Pawang Nong. Pahang juga merupakan negeri melayu sejati seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Sunday, July 13, 2014

ANA PUNYA BAND PERNAH MASUK EVENT NIE ..









“Music goes beyond language. It opens space for communication and dialogue,” Ahmed Remo, the General manager of Karakeeb music band from Egypt said passionately. “Being exposed to different musical backgrounds is such an enriching experience.”
Remo and Karakeeb took part in the Euro-Arab Youth Music Expo end of 2012, organised in Cyprus in partnership with the Anna Lindh Foundation. It brought together over 200 young musicians from over 30 different countries from across the Arab world and Europe for four days of workshops, seminars, open-air public concerts, music labs and more!“The idea was to connect musicians, to provide them with a stage – physical and virtual – to give them a voice to talk and discuss,” said Nenad Bogdanovic, executive director of Epilogi Cultural Movement, Cyprus – the Expo leading organizer.He added that project also aimed at providing young musicians with new knowledge about themselves and others “to encourage them to appreciate themselves, their art and profession and therefore to respect the Others and Otherness.”Remo and Karakeeb band members, whose ages range between 20 and 25 years old, stood as a realization of what Bogdanovic described! Their experience in the Expo pushed them forward on their musical career.“It’s about dealing with different musical backgrounds and building connections with bands and people we wouldn’t have come across if it wasn’t for the Expo,” Remo stated.The Euro-Med Youth Music Expo won a grant from the Anna Lindh Foundation in the field of culture as a unique showcase of how civil society is using music as a powerful tool for social change, resolve conflicts, spread knowledge and create awareness. Besides the independent musicians, 24 bands from, Austria, Belgium, Croatia, Cyprus, Egypt, Estonia, Greece, Hungary, Jordan, Lithuania, Serbia, Sweden and the UK.

ALAQSA JIHADIYAH BAND !!!

TU BAND GUA BEB KAT SANA ... 4 ORANG SUMA .. TAHA TOHO TIHI , CAMPUR AKU VOKALIS ARBAAH SEMUA SEKALI ...... AKU INGAT NAK MASUK PASARAN ASIA TENGGARA NIE ... INDONESIA KE MALAYZIA KE APE KE EAK ,.. NANTI LA AKU BINCANG NGAN KREW BAND DULU ...... KALO MARKET OK . KITEORG MASUK ... TAPI KALO MARKET SELOWW , SORI BROO ... KORANG TUNGGU JE LA BAND OIG ROCKA MUSTAQIM TU .. HAHA



EHEMMM .. AKU DENGAR MUSTAQIM NAK SETUP BAND DAKWAH .. BAND OIG ROCKA ? BETUL KE ? ... XPENAH DENGAR PUN BEB .... BEST KE LAGU BAND TU ... KALO KORANG ADA LAGU BAND TU , PLEASE UPDATE KAT GUA BEB ... DIA CAKAP BIASA JE ..





GAYAKU RENTAKKU HAVOC SILENT BERMELODIKAN NAASSSHED ALAQSA JIHADIYAH BAND FROM TIMUR TENGAH ,,,, UNDERGROUND MARKET , WAITING TO ENTER HOLLYWOOD MARKET ..




RUMAH NOBITA KAT MANE EAK .. ? KALO TGK CITER DOREMON TU , KAT JAPAN ... PENAH GI SANA SEKALI TGK WORLD CUP JAPAN DULU NGAN SEPUPU ..... SHHHH .... UMAH AKU BANYAL TAPI PALING BEST DUDUK KAT PERAK NGAN PAHANG ... PERAK KAT SM ... PAHANG KAT IM ...... SM TU MENDE ? IM TU APE LAK .. KORANG TEKA TEKI JE LA BEB ..





NOBITA DI RUMAH ... SELAU TGK 30 MINIT USTAZ DON ... TGK CD USTAZ AZHAR ...EMM PALING BEST SEKALI TGK WORLDCUP SEKARANG NIE .... HUUUUUYOO .. GUA ARGENTINA BEB ... MESSSII !!! 10 ! TAPI KALO KAT TIMUR TENGAH KAN AKU SUKA TGK CD 18SX .. MACAM MACAM AKSI .. TAKKAN AKU NAK BAWAK BALIK SINI LAK ... GILE SEH .


HAZIHI MY PET .. I CALL IT DOREMON ...... SELALU MERAJUK CMTU ... UWEKKK ... KORANG TENGOK TAK CITER DOREMON BEB ?



NOBITA IS SURROUNDING THE WORLD ... HAHA , GAMBAR YANG KE2 TU MEMANG KELAKAR HABIS ... HAHAHAHA , DAPAT RESULT TERUK , WAT MUKA 10 SEN CMTU ..





YOOOO BROO .. LAMA X JEJAK MALAYSIA .. HAHA .. ME IS MUSAMA .. MU SAPA ? .. GRADUATION FROM SARJANA PENGAJIAN UNDANG2 ANTARABANGSA FROM UNIVERSITY AT .... GUESS WHAT ?